ASASI PENGAJIAN ISLAM

MQA/FA 14944

Program Asasi Pengajian Islam ialah program persediaan satu tahun yang dirangka untuk membekalkan pelajar dengan asas pengetahuan, kemahiran akademik dan pemikiran kritis dalam disiplin pengajian Islam, . Program ini menekankan penguasaan kemahiran belajar di peringkat universiti, literasi penyelidikan asas, penulisan akademik serta pembinaan kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan dan pembentangan. 

Melalui gabungan kuliah, tugasan, projek dan aktiviti interaktif, pelajar dipersiapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang pengajian Islam dan Islam Kontemporari. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran analitikal, peka terhadap isu pengajian Islam dan masyarakat sejagat dan bersedia menghadapi tuntutan akademik universiti.

SYARAT PROGRAM

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; ATAU
  2. Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 5 mata pelajaran; ATAU
  4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

STRUKTUR KURSUS

SEMESTER 1

  • Bahasa Arab Komunikasi (Pelajar Muslim)
  • Bahasa Arab Untuk Non-Muslim (Pelajar Non-Muslim)
  • English Language Proficiency 1
  • Pengenalan Usul Fiqh 
  • Pengenalan Tauhid 
  • Pengenalan Syariah Islamiah 
  • Hifz Al-Quran 1

SEMESTER 2

  • English Language Proficiency 2
  • Literasi Demokrasi
  • Hifz Al-Quran II
  • Pengenalan Dakwah Islamiyah
  • Pengenalan Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith
  • Pengenalan Kewangan Islam 
  • Pengenalan Fiqh Sirah

SEMESTER 3

  • Asas Keusahawanan
  • Pengenalan Teknologi Maklumat
  • Hifz Al-Quran III
  • Pengenalan Akhlak Islamiah 
  • Pengenalan Fiqh Muamalat
  • Asas Tamadun Islam

 

  •  

MANFAAT PROGRAM & PELUANG KERJAYA

MANFAAT PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM

  1. Asas kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam pelbagai bidang Keilmuan Islam .
  2. Meningkatkan kemahiran berfikir kritikal, komunikasi, dan kerja berpasukan untuk kerjaya masa depan.
  3. Membentuk kepekaan terhadap realiti sosial, budaya dan tanggungjawab masyarakat.
  4. Melatih pelajar beretika, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dalam dunia profesional.
  5. Menggabungkan ilmu agama, kemanusiaan dan moral selaras dengan pembangunan negara.

PELUANG KERJAYA

Lulusan yang meneruskan pengajian dalam bidang Pengajian Islam berpeluang menceburi kerjaya seperti:

  • Pegawai Kewangan Islam & FinTech Syariah
  • Peguam Syarie
  • Pegawai Syariah
  • Eksekutif Perbankan Islam
  • Penasihat Syariah
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Pegawai Dakwah
  • Pegawai Masjid
  • Pegawai Zakat/Wakaf